Blogger Backgrounds

Saturday, March 09, 2013

Solat Sunat Tahajjud


Assalamualaikum wbt dan Hai semua .

Sempena bulan baru iaitu bulan Mac , walaupun dah senja. kira ni entry yang memang nak update awal bulan tapi save dalam draft memanjang disebabkan kurang komitmen dalam penulisan entry ni .

Seperti yang sedia maklum , Solat sunat Tahajjud ini ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur  pada waktu malam walaupun tidurnya sekejap . Waktunya ialah selepas solat isyak hingga ke subuh . Tapi wakktu yang paling Afdal ialah satu pertiga malam iaitu bermula kira-kira jam 3 pagi hingga terbit fajar.

Cara Solat Sunat Tahajjud 

lafaz niat : Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.


Pada rakaat pertama :

1. membaca doa iftitah.
2. membaca surah Al-Fatihah
3. membaca surah Al- Kafirun atau mana-mana surah
4. rukuk , iktidal dan sujud seperti solat biasa .

Pada rakaat kedua :

1. membaca surah Al-Fatihah
2. membaca surah Al- Ikhlas atau mana-mana surah
3. rukuk , iktidal dan sujud seperti solat biasa .
4. membaca tahiyat akhir
5. memberi salam 
setelah usai solat sunat , berdoalah kepada Allah .

Hikmat Solat Sunat Tahajjud adalah untuk :

- Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
- Jiwa dan perasaan sentiasa tenang dan tenteram.
- Di murahlan rezeki.
- Terhindir daripada gangguan syaitan . 

Tujuan melakukan solat sunat tahajjud ini adalah sebagai memulakan ibadat kepada Allah SWT.


Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu diri ku kelak di alam satu itu . in sha Allah dengan redha dari Allah SWT. 

" Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah ( terus-menerus manfaatnya) , ataupun anak yang soleh mendoakan baginya ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu " Riwayat Albazzar dari Imran bin Hushain.



Doa memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat 

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Ya Allah, aku berlindung pada Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat , hati yang tidak khusyu , doa yang tidak didengari dan amal yang tidak diterima. 

Amin Ya Robb.



Assalamualaikum .


No comments:

Post a Comment