Blogger Backgrounds

Sunday, March 10, 2013

Kita Kongsi Sama-sama


Assalamualaikum dan Salam sejahtera .

Alhamdulillah , aku masih bernafas lagi hari ini .

Setelah sekian lamanya berdiam diri. Akhirnya , memutuskan untuk membuat (meneruskan entry yang telah lama bertapa di dalam draft) entry juga. Mungkin entry kali ni lebih kepada beberapa potong hadis yang telah ditinggalkan Nabi Muhammad untuk menjadi pegangan dan pendomen bagi kita semua dan juga sebagai bahan rujukan untuk kita. 

Daripada Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang , yang Engkau redha terhadap agamanya dan akhlaknya. maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan menjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi ".


Rasulullah SAW bersabda :

 "Tiga perkara yang jangan di lambat-lambatkan , iaitu solat apabila telah masuk waktunya , jenazah apabila telah siap ( urusan dimandikan dan dikafankan ) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya". (H.R. Tarmidzi )


"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu , dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu . lelaki dan perempuan juga . Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas ( rahmayNya dan limpah kurniaNya ) Lagi Maha Mengetahui". ( Surah An - Nur32 )


"Barangsiapa menghendaki pahala dunia , nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, Dan Barangsiapa menghendaki pahala akhirat , Kami berikan pula kepadanya akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur". (Al Imran 145)


"Dan apabila manusia ditimpa sesuatu bahaya , mereka menyeru Tuhannya , kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmat-Nya , tiba-tiba sebahagian mereka menyekutukan Allah". ( Ar Rum 33 )


"Maka bertasbihlah kamu kepada Allah di waktu petang dan pagi hari". ( Ar Rum 17 )


"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembahKu". ( Ar Zariyat 56 )


"Katakanlah solatku , ibadatku , hidupku dan matiku hanya kerana Allah , Tuhan Semesta Alam". ( Al An-am 162 )

Nabi s.a.w bersabda , maksudnya :

"Siapa yang membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh 'Astagh firullahaladzi lailahhaillah huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' 3 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut". (Riwayat Ibnu Assubhi dari Anas r.a)


In sha Allah , dengan nawaitu kita yang ikhlas kita akan mendapat keredhan dari Yang Maha Pengasih , Lagi Maha Pengampun .

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat menjadi penyambung amalku kelak . Amin .

Jom baca doa . Doa ini ialah doa ketika menghadapi masalah / musibah.

Bismillahirohmannirohim .

Memadailah Allah untuk agamaku, memadailah Allah untuk duniaku, memadailah Allah untuk apa yang menyusahkan aku, memadailah Allah untuk sesiapa yang membuat aniaya kepadaku, memadailah Allah buat siapa yang berniat jahat kepadaku. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah .

Amin Ya Robb.


Assalamualaikum & selamat malam .


No comments:

Post a Comment